MANUAL PENYEDIAAN PAPAN LITAR BERCETAK (PCB)
PROSES ULTRA VIOLET TRANSFER HINGGA PROSES ETCHING
PENDAHULUAN
Manual ini disediakan untuk memberi panduan yang jelas kepada pelajar
untuk menghasilkan PCB dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang betul.
Peneranganyang diberikandapatmembantupelajarmembuatpersiapansebelum
menghasilkanPCB danprojekelektronikyang berasaskanpengawalmikrokerana
pembangunannyamelibatkanpenggunaanperisiandanperalatankhascontohnya
IC Programmer & Downloader.
Pelajar perlu melaksanakan setiap arahan dan panduan seperti yang dinyatakan
untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti dan dapat berfungsi dengan baik.
Penggunaan manual ini diharapkan dapatmemudahkan proses penyampaian P&P dan
meningkatkan kualiti penghasilan projek pelajar bagi Kursus Projek.
1. PROSES ULTRA VIOLET (UV) TRANSFER
Lapisan pelindung pada Presensitized PCB
- Salah satu teknik yang boleh digunakan dalam penghasilan PCB ialah UV transfer.
- Sinar UV dihasilkan oleh alat UV Exposure yang akan memindahkan cetakan litar di atas lapisan transparency kepada Presensitized PCB.
- Presensitized PCB dilengkapi dengan lapisan pelindung cahaya. Pelindung ini perlu dibuka sebelum melakukan proses ini.
- Lapisan transparency perlu dilekatkan di atas bahagian peka cahaya Presensitized PCB dengan menggunakan pita pelekat lutsinar.
- Pastikan kedudukan lapisan transparency yang dilekatkan TIDAK TERBALIK kerana proses ini menggunakan kaedah Positive Acting UV Transfer.
- Potong PCB mengikut saiz litar di atas lapisan transparency.
- Buang lapisan pelindung pada Presensitized PCB. Lekatkan transparency pada Presensitized
- PCB dengan pita pelekat. Pastikan cetakan transparency yang dilekatkan TIDAK TERBALIK !
- Letakkan PCB diatas permukaan alat UV Exposure. Tutup pelindung atas UV Exposure, set masa dedahan selama 120 saat dan tekan START.
- Proses ini melibatkan penggunaan bahan kimia. Sila patuhi langkah-langah keselamatan, peraturan penggunaan dan pelupusan bahan kimia.
- Bahan kimia Sodium Metasilicate Pentahydrate (Na2SiO3*5H2O) digunakan untuk menghasilkan larutan developer.
- Bahan kimia ini boleh di dapati dalam bentuk kristal atau larutan. Patuhi penyediaan larutan seperti yang dinyatakan oleh pengeluar.
- Proses ini dilakukan untuk menyingkirkan lapisan peka cahaya pada PCB yang telah didedahkan kepada sinar UV.
- PCB perlu direndam dalam larutan developer untuk menghakis lapisan yang telah terdedah kepada sinar UV dan akan meninggalkan bentuk litar di atas PCB.
- Pastikan PCB tidak direndam terlalu lama untuk mengelakkan Over Develop.
LANGKAH MELAKSANAKAN PROSES DEVELOP
2. Rendam PCBdalam larutan developer dan ayak tray sehingga litar kelihatan.
3. Setelah siap bilas PCB dengan air bersih dan periksa litar yang telah terbentuk
.4. Garisan litar yang tidak jelas atau terputus perlu dihitamkan dengan permanent marker.
3. PROSES ETCHING
- Proses Etching dilakukan untuk menyingkirkan lapisan kuprum (copper layer) yang tidak diperlukan pada PCB dengan menggunakan etchant liquid.
- Bahan kimia Ferric Chloride (FeCl3) digunakan untuk menghasilkan etchant liquid yang bersifat menghakis. Berhati-hati apabila mengendalikan bahan kimia ini.
- Larutan ini akan menghakis lapisan kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi oleh cetakan litar yang terhasil melalui proses developer.
- Jangkamasa proses ini bergantung kepada kepekatan larutan, suhu larutan dan saiz PCB yang dihasilkan.
- Sila patuhi langkah-langah keselamatan, peraturan penggunaan dan pelupusan bahan kimia ketika melaksanakan proses ini.
1. MasukkanPCB pada pemegang dan ketatkan skru pemegang
2. Masukkan pemegang kedalam rotary spray etching machine yang mengandungi larutan Asid Ferric (muatanmaksimum5 Liter).
3. Tetapkan jangka masa selama 4 minit, suhu 40 darjah Celcius dan tekan START.
4. Setelah siap, bilas PCB di ruang bilas sebelum di tanggalkan dari pemegang.
KESIMPULAN
- Teknik penghasilan PCB yang diterangkan dalam manual ini dikenali sebagai Positive Acting ultra violet exposure to presensitized PCB.
- Memerlukan kos yang agak tinggi dengan penggunaan bahan tambahan seperti lapisan transparency, presensitized PCB danbahan kimia developer.]
- •Kelebihan teknik ini untuk menghasilkan PCB dalam kuantiti yang banyak kerana hanya memerlukan satu cetakan transparency.
- Patuhi setiap arahan, panduan dan proses kerja dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan dan kerugian terhadap PCB yang rosak atau kurang berkualiti.
- Patuhi peraturan penggunaan bengkel serta peraturan penggunaan & pelupusan bahan kimia.
VIDEO CARA PENGHASILAN PCB
Comments
Post a Comment